Dasar Privasi
Sila baca dasar privasi ini (“Dasar Privasi”) untuk memahami bagaimana TIME dotCom Bhd, dan kumpulan syarikatnya (secara kolektif dirujuk sebagai “TIME”, atau “kami”) mengendalikan Data Peribadi yang anda berikan kepada kami. Dengan memberikan Data Peribadi anda kepada kami, anda bersetuju dengan Dasar Privasi ini, pengumpulan, penggunaan, akses, pemindahan, penyimpanan dan pemprosesan Data Peribadi anda seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini.
Sekiranya anda gagal membekalkan kami Data Peribadi yang diperlukan, atau sekiranya Data Peribadi yang diberikan kepada kami tidak mencukupi atau tidak memuaskan, atau sekiranya anda meminda persetujuan anda berkenaan Data Peribadi yang telah diberikan kepada kami, kami mungkin tidak dapat memproses permohonan anda dan/atau membekalkan kepada anda Perkhidmatan kami. Oleh kerana sebab-sebab di atas, anda wajib memberi Data Peribadi anda kepada kami.
- Dasar Privasi ini & Anda
- Dasar Privasi ini adalah disediakan menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) dan menggariskan hak, kepentingan, obligasi dan tugas TIME dalam pengumpulan, perakaman, penyimpanan, pendedahan atau pemprosesan (seperti yang dinyatakan di bawah) maklumat peribadi dan data yang boleh dilindungi oleh PDPA.
- Untuk tujuan Dasar Privasi ini, ungkapan “anda”, “kamu” atau mana-mana perkataan serumpun lain atau ungkapan yang serupa sifatnya bermaksud orang sebenar yang merupakan pelanggan TIME atau seorang yang berniaga sebagai peniaga tunggal atau orang-orang sebenar yang membentuk sebuah perkongsian. Dasar Privasi ini juga terpakai sekiranya anda tidak lagi pelanggan TIME, di mana terdapat obligasi tertunggak oleh pihak anda atau pihak TIME, atau sekiranya anda bukan pelanggan kami tetapi anda berinteraksi dengan kami dalam apa jua kapasiti atau sekiranya anda adalah bakal pelanggan yang melaksanakan pertanyaan pra-kontrak.
- Anda mungkin memberikan kami Data Peribadi anda dalam apa jua cara atau kaedah, tidak terhad kepada Borang Pendaftaran di mana anda melayari laman web TIME, mengunjungi cawangan kedai,booth atau roadshow, mengambil bahagian dalam tinjauan, percubaan, promosi, menghubungi khidmat bantuan (helpdesk) kami, atau talian khidmat pelanggan atau membuat sebarang pertanyaan am tentang kami atau Perkhidmatan kami. Kami juga boleh menerima Data Peribadi daripada pihak ketiga yang kami berurusan dengan atau pihak ketiga yang berkaitan dengan anda (contohnya, institusi kewangan), dan sumber-sumber lain di mana anda telah memberikan persetujuan untuk pendedahan data peribadi yang berkaitan dengan anda, dan / atau di mana yang dibenarkan di bawah undang-undang.
- Anda turut bersetuju dan terima bahawa Dasar Privasi ini merupakan sebahagian dari terma-terma dan syarat-syarat penggunaan Perkhidmatan.
- Definisi
- Untuk tujuan Dasar Privasi ini, perkataan berhuruf besar berikut mempunyai makna seperti yang dinyatakan:
“Data Biometrik” bermaksud sebarang data peribadi yang terhasil daripada pemprosesan teknikal berkaitan ciri-ciri fizikal, fisiologikal atau tingkah laku seseorang seperti cap jari, pengecaman wajah, tandatangan digital, imej dan rakaman audio;
“Data Peribadi” bermaksud apa-apa maklumat berkenaan transaksi komersial yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan anda atau mana-mana individu lain di mana anda atau individu tersebut boleh dikenal pasti atau boleh dikenali daripada maklumat tersebut sama ada dengan sendirinya atau digabungkan dengan maklumat lain yang ada dalam milikan kami termasuk apa-apa Data Peribadi Sensitif (seperti yang ditakrifkan di bawah). “Dasar Privasi” bermaksud dasar privasi ini dan sebarang pindaan, dan/atau tambahan lain yang dibuat dari semasa ke semasa. “Pemprosesan” “Memproses’ “Diproses” bermaksud tindakan mengumpul, merekod, mengesahkan, memegang atau menyimpan Data Peribadi atau menjalankan sebarang operasi atau set operasi pada Data Peribadi, termasuk (a) organisasi, penyesuaian atau pengubahan Data Peribadi; (b) pengambilan semula, perundingan atau penggunaan Data Peribadi; (c) pendedahan Data Peribadi melalui penghantaran, pemindahan, penyebaran atau pemberian; atau (d) pelarasan, gabungan, pembetulan, pemadaman atau pemusnahan Data Peribadi. “Tujuan” bermaksud tujuan pengumpulan Data Peribadi anda, yang dijelaskan dengan terperinci di Klausa 3 di bawah. “Data Peribadi Sensitif” Bermaksud sebarang data peribadi yang terdiri daripada maklumat berkenaan kesihatan atau keadaan fizikal atau mental anda, pendapat politik, kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya, perlakuan atau dakwaan perlakuan apa-apa kesalahan oleh anda, Data Biometrik atau apa-apa data peribadi lain yang ditentukan sedemikian; “Perkhidmatan” bermaksud secara kolektif semua produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh TIME melalui pelbagai saluran komunikasi, platform dan fasiliti termasuk laman web TIME, fasiliti dan platform milik rakan-rakan kongsi strategik, aplikasi perkhidmatan mesej dan saluran media sosial seperti WhatsApp, Facebook dan sebagainya (“Platform Komunikasi Pihak Ketiga”) “TIME” bermaksud TIME dotCom Berhad, termasuk anak syarikat dan syarikat bersekutunya;
- Untuk tujuan Dasar Privasi ini, perkataan berhuruf besar berikut mempunyai makna seperti yang dinyatakan:
- Tujuan Mengumpul Data Peribadi
- Anda bersetuju bahawa semua Data Peribadi yang dikumpul oleh TIME boleh digunakan untuk salah satu atau semua cara berikut (“Tujuan”):
- Untuk menilai dan memproses permohonan anda untuk Perkhidmatan;
- Untuk memudah, mentadbir dan menguruskan Perkhidmatan termasuk bil, caj, dan kutipan hutang;
- Untuk menjalankan semakan dan saringan kredit ke atas anda atau untuk membuktikan kewujudan sebarang pelanggaran terdahulu atau tertunggak, keberhutangan, kemungkiran anda dengan mana-mana pihak ketiga;
- Untuk mengemas kini dan mengekalkan rekod dalaman, pemfailan, sistem dan operasi TIME untuk pengurusan dan pentadbiran Perkhidmatan termasuk bil;
- Untuk menjalankan latihan untuk kakitangan dalaman berkaitan Perkhidmatan;
- Untuk menguatkuasakan obligasi anda berkenaan Perkhidmatan, termasuk kutipan jumlah tertunggak;
- Untuk mengaktifkan, menguruskan atau membuat pembayaran atau kemudahan kredit dengan institusi kewangan pihak ketiga;
- Untuk menyiasat dan menyelesaikan sebarang isu perkhidmatan dan teknikal, pertanyaan berkenaan bil, aduan, aktiviti penipuan atau pertanyaan lain yang anda kemukakan kepada kami mengenai rangkaian kami;
- Untuk memantau dan menambah baik prestasi rangkaian, Perkhidmatan, pasukan perhubungan pelanggan dan pembekal perkhidmatan dan laman web kami;
- Untuk menjalankan analisis pasaran, penyelidikan dan pembangunan untuk menambah baik produk sedia ada atau memperkenalkan produk baru;
- Untuk memperkenalkan Perkhidmatan kepada anda;
- Untuk berkomunikasi, memasarkan, mempromosikan, menawarkan atau memaklumkan kepada anda mengenai sebarang pertanyaan, aduan, perkhidmatan atau perkhidmatan, kemudahan, faedah atau produk baru yang disediakan oleh TIME;
- Untuk menyokong perniagaan, perancangan dan proses membuat keputusan kumpulan TIME;
- Untuk memaklumkan kepada anda tentang sebarang kemas kini, pembangunan atau perubahan atau tawaran baru atau promosi Perkhidmatan;
- Untuk mematuhi sebarang kehendak undang-undang atau regulasi atau arahan mana-mana badan/agensi negara, penguatkuasaan atau kawal selia;
- Untuk mengesahkan identiti anda;
- Untuk mengesan dan/atau mencegah aktiviti penipuan;
- Untuk menjalankan analisis perniagaan dan kaji selidik pasaran, termasuk analisis trend, ramalan, perancangan strategik dan tinjauan kepuasan pelanggan;
- Untuk mengoptimumkan dan menyelenggara infrastruktur rangkaian TIME dan memastikan kualiti perkhidmatan dan kebolehpercayaan kepada pelanggan TIME;
- Untuk meneroka peluang kerjasama dan kolaborasi dengan perniagaan atau organisasi lain; dan
- Untuk sebarang tujuan yang dinyatakan dalam terma dan syarat Perkhidmatan yang disediakan kepada anda.
- Anda bersetuju bahawa semua Data Peribadi yang dikumpul oleh TIME boleh digunakan untuk salah satu atau semua cara berikut (“Tujuan”):
- Pendedahan kepada Pihak Ketiga
- Selaras dengan Tujuan di atas, TIME boleh mendedahkan Data Peribadi yang dikumpul kepada pihak ketiga berikut:
- Kepada pengendali telekomunikasi lain sebagai sebahagian daripada inisiatif nasional antara pengendali untuk mencegah penipuan dan mencegah penyalahgunaan perkhidmatan telekomunikasi;
- Kepada juruaudit, penasihat profesional, penyedia perkhidmatan pihak ketiga, pernama, ejen atau kontraktor yang dilantik oleh TIME bagi Tujuan;
- Kepada agensi/badan penguatkuasaan negara dan agensi/badan lain atau agensi/badan kawal selia yang dikehendaki di bawah undang-undang atau berkaitan dengan aktiviti pentadbiran keadilan, pengesanan atau pencegahan jenayah, aktiviti haram/menyalahi undang-undang atau penipuan atau untuk penahanan atau pendakwaan pesalah atau demi kepentingan keselamatan negara;
- Kepada Pejabat Ketua Pengarah Insolvensi, Jabatan Insolvensi Malaysia untuk menjalankan carian kebankrapan;
- Kepada bank, institusi kewangan atau entiti serupa atas permintaan anda dan dengan persetujuan anda untuk sebarang kemudahan kredit atau untuk memulakan mekanisme pembayaran;
- Kepada anak syarikat, syarikat induk dan syarikat berkaitan TIME dan syarikat bersekutu TIME untuk menubuhkan dan mengekalkan pangkalan data pelanggan untuk mengelakkan pertindihan;
- Kepada rakan-rakan kongsi strategik termasuk rakan-rakan niaga, penyedia aplikasi dan media sosial untuk menyediakan Perkhidmatan TIME atau memasarkan Perkhidmatan TIME;
- Kepada pihak-pihak yang terlibat dalam atau berkaitan dengan prosiding undang-undang (atau prosiding undang-undang yang bakal), untuk membantu dalam atau memulakan prosiding undang-undang tersebut;
- Kepada penasihat profesional yang dilantik oleh TIME mengikut keperluan pada dasar “perlu tahu” bagi tujuan penasihat tersebut untuk memberikan nasihat kepada TIME;
- Kepada pihak ketiga yang memperolehi semua atau sebahagian daripada aset atau perniagaan TIME supaya pihak ketiga tersebut boleh meneruskan penyediaan semua atau sebahagian daripada perniagaan TIME yang diperoleh (termasuk mana-mana Perkhidmatan yang berkaitan);
- Kepada pihak yang dinamakan atau dilantik oleh TIME sama ada secara bersendirian atau secara bersama dengan pembekal-pembekal perkhidmatan lain, untuk mewujudkan dan mengekalkan pangkalan data bersama di mana TIME mempunyai kepentingan bersama yang sah;
- Kepada Wakil-wakil anda yang diberi kuasa atau pihak-pihak yang kami percaya secara munasabah bahawa mereka mempunyai persetujuan anda, jika anda tahu tentang pendedahan Data Peribadi dan keadaan pendedahan tersebut;
- Kepada agensi pelaporan kredit dan/atau agensi pengutipan yang dilantik oleh TIME untuk Tujuan yang dinyatakan di Klausa 3.1; dan
- Seperti yang dikehendaki atau dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai.
- Kecuali jika anda menyatakan secara nyata, TIME akan mengekalkan kesulitan tegas terhadap Data Peribadi anda dan tidak mendedahkan mana-mana bahagian atau sebahagian daripadanya kepada mana-mana entiti lain atau pihak ketiga selain daripada yang disenaraikan dalam 4.1 di atas.
- Selaras dengan Tujuan di atas, TIME boleh mendedahkan Data Peribadi yang dikumpul kepada pihak ketiga berikut:
- Persetujuan & Hak Menarik balik Persetujuan
- Sekiranya anda berumur di bawah 18 tahun, anda mesti memastikan bahawa ibu bapa atau penjaga sah anda memberikan persetujuan bagi pihak anda untuk memproses Data Peribadi anda oleh TIME.
- Perkhidmatan hanya akan disediakan kepada anda selepas anda menerima dan bersetuju dengan terma-terma Dasar Privasi ini. Sekiranya boleh, penerimaan dan persetujuan nyata hendaklah dibuktikan oleh anda dengan menekan atau menyemak atau menunjukkan dengan sewajarnya pada bahagian persetujuan berkaitan di borang pendaftaran atau dokumen-dokumen lain yang diserahkan kepada anda yang berkenaan.
- Setelah menerima terma Dasar Privasi ini, anda telah bersetuju secara nyata untuk pemprosesan Data Peribadi anda oleh TIME atau mana-mana ejen-ejen, pekerja-pekerja, rakan-rakan kongsi dan/atau kontraktor-kontraktor yang diberi kuasa untuk Tujuan di atas.
- Anda juga bersetuju dan menerima bahawa mendaftar dan/atau terus menggunakan Perkhidmatan, anda membenarkan dan bersetuju kepada pendedahan dan pemprosesan Data Peribadi anda kepada kelas-kelas pihak-pihak ketiga seperti yang dikenal pasti oleh TIME dalam Klausa 4.1 di atas bagi Tujuan di Klausa 3.1 di atas. TIME menyediakan Perkhidmatan kepada anda. Untuk mengelakkan keraguan, anda juga bersetuju untuk TIME memproses sebarang Data Peribadi Sensitif yang berkaitan untuk tujuan tersebut.
- Anda boleh pada bila-bila masa menarik balik persetujuan anda untuk memproses Data Peribadi anda atau mana-mana bahagian pemprosesan dengan menghantar suatu notis tarik balik bertulis kepada TIME di alamat yang dinyatakan di Klausa 12 di bawah. TIME hendaklah mengambil semua langkah yang diperlukan untuk melaksanakan penarikan balik persetujuan anda dalam tempoh masa yang ditetapkan di bawah PDPA, setakat penarikan balik tersebut tidak bercanggah dengan obligasi TIME yang lain di bawah undang-undang.
- Hak untuk Mengakses, Membetulkan dan Mengehad Pemprosesan
- Selepas membuat permohonan bertulis anda, anda boleh, diberikan akses kepada Data Peribadi anda yang dipegang atau disimpan atau diproses oleh TIME dan sesalinan Data Peribadi anda dalam format yang ditentukan oleh TIME yang boleh difahami.
- Anda juga boleh pada bila-bila masa membuat permohonan bertulis kepada TIME untuk membetulkan Data Peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau lapuk dan TIME hendaklah dalam tempoh yang ditetapkan di bawah PDPA, mengambil semua langkah yang diperlukan untuk melaksanakan pembetulan tersebut.
- Anda juga boleh membuat permohonan bertulis untuk mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda termasuk data peribadi yang berkaitan dengan orang lain yang boleh dikenal pasti daripada Data Peribadi tersebut.
- Keselamatan, Penyimpanan & Tempoh Pengekalan Data
- TIME akan memastikan bahawa semua Data Peribadi yang dikumpul, disimpan dan/atau difailkan dengan sesuai untuk memastikan Data Peribadi tersebut mengekalkan ketepatannya, integriti, kesulitan, dilindung daripada kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian dan akses tanpa persetujuan atau akses tidak sengaja, pendedahan, pengubahan, pemusnahan atau manipulasi.
- TIME akan menyimpan dan/atau mengekalkan semua Data Peribadi hanya selama yang diperlukan untuk memenuhi Tujuan yang dinyatakan dalam Klausa 3 di atas atau yang dikehendaki oleh mana-mana obligasi undang-undang yang dikenakan ke atas TIME dalam pengendalian Perkhidmatannya atau menurut mana-mana undang-undang terpakai yang boleh berkuatkuasa dari semasa ke semasa.
- Pengecualian & Pembebasan Liabiliti
- Walau apa-apa pun yang diperuntukkan di atas, TIME berhak menolak sebarang permintaan untuk menarik balik persetujuan, akses atau pembetulan dalam keadaan-keadaan berikut:
- Sekiranya terdapat kekurangan maklumat yang diberikan oleh anda atau mana-mana pihak yang membuat permohonan tersebut untuk membolehkan TIME mengesan atau mengenal pasti Data Peribadi tersebut;
- Sekiranya terdapat keraguan munasabah mengenai identiti anda atau identiti orang yang membuat permohonan atau di mana TIME berasa bahawa anda atau pihak yang memohon bukan pemilik atau subjek Data Peribadi yang dipersoalkan dan tidak berhak untuk membuat apa-apa permohonan berkaitan dengan Data Peribadi;
- Sekiranya pemberian akses atau pembetulan akan melanggari sesuatu perintah Mahkamah;
- Dalam permohonan untuk akses atau pembetulan (tidak termasuk penarikan balik persetujuan):
- (a) di mana beban atau kos untuk melayan permintaan untuk akses atau pembetulan adalah tidak seimbang dengan risiko terhadap privasi anda atau pihak yang membuat permintaan;
- (b) di mana perlaksanaan permohonan tersebut akan melibatkan pendedahan tanpa persetujuan Data Peribadi milikan pihak ketiga;
- (c) di mana pematuhan akan mengakibatkan pendedahan maklumat komersial sulit; atau
- (d) di mana akses dikawal oleh undang-undang yang lain.
- Dalam bidang perlindungan Data Peribadi, TIME tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kesalahan, pelanggaran atau ketidakpatuhan terhadap mana-mana peraturan privasi atau perlindungan Data Peribadi dalam keadaan berikut:
- di mana tindakan alam semula jadi atau kejadian di luar kawalan TIME yang mengakibatkan kerosakan atau kemusnahan mana-mana peralatan atau jentera yang digunakan untuk melindungi, menyimpan atau memproses Data Peribadi;
- di mana Data Peribadi tersedia atau boleh didapati dalam domain awam; dan
- di mana walaupun selepas usaha terbaik TIME, terdapat akses tanpa persetujuan, pengubahsuaian, pengubahan, penyalahgunaan, pancingan data, pengubahan atau penyalahgunaan Data Peribadi yang disebabkan oleh perbuatan atau kelakuan jenayah yang berniat jahat atau penipuan atau kelakuan pihak ketiga yang bukan di bawah kawalan atau arahan TIME.
- Jika anda memilih untuk berkomunikasi atau menghubungi kami melalui Platform Komunikasi Pihak Ketiga dan anda selanjutnya membekalkan Data Peribadi membolehkan kami untuk membalas pertanyaan, menilai atau memproses permohonan anda untuk Perkhidmatan, kami menggalakkan anda untuk membaca dasar privasi pihak ketiga kerana kami tidak bertanggungan dan tidak bertanggungjawab terhadap amalan privasi pihak ketiga.
- Walau apa-apa pun yang diperuntukkan di atas, TIME berhak menolak sebarang permintaan untuk menarik balik persetujuan, akses atau pembetulan dalam keadaan-keadaan berikut:
- Pemasaran Langsung
- Kami boleh memproses Data Peribadi anda untuk memaklumkan kepada anda sebarang maklumat yang tidak terhad kepada bahan promosi, pemasaran dan pengiklanan yang berkaitan dengan kami, Perkhidmatan kami dan peniaga-peniaga diutamakan dan rakan-rakan kongsi strategik kami. Jika anda tidak bersetuju untuk kami memproses Data Peribadi anda untuk tujuan pemasaran, sila hubungi kami melalui butiran dalam Klausa 12 di bawah.
- “Cookies” dan Urusan Dalam Talian
- Cookies merupakan paket maklumat yang disimpan dalam komputer atau peranti anda yang membantu navigasi laman web anda dengan menyesuaikan maklumat tapak untuk keperluan anda. Sila ambil perhatian bahawa cookies sendiri adalah bersifat sementara dan tidak mengumpul Data Peribadi yang boleh digunakan untuk mengenal pasti pengguna individu, tetapi hanya komputer atau peranti yang digunakan. Walau bagaimanapun, kami mungkin akan mengumpul maklumat tentang penggunaan anda di laman web kami atau keutamaan atau analisis tingkah laku anda daripada cookies.
- Pemindahan Data Peribadi Ke Luar Malaysia
- Sepanjang pembekalan Perkhidmatan kami kepada anda, kami mungkin akan memindahkan Data Peribadi anda ke lokasi domestik dan antarabangsa termasuk pihak ketiga yang terlibat dalam penyediaan Perkhidmatan kepada anda, penyimpanan data atau pemprosesan data bagi pihak kami.
- Sekiranya Data Peribadi anda dipindahkan ke bidang kuasa di luar Malaysia, kami akan memastikan bahawa Data Peribadi anda diberikan tahap perlindungan yang setara dengan PDPA.
- Notis dan Komunikasi
- Sila sampaikan sebarang permintaan untuk menarik balik persetujuan (Klausa 5.5), untuk mengakses, membetulkan (Klausa 6) dan/atau mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda (Klausa 9) atau sebarang pertanyaan atau aduan mengenai Data Peribadi anda kepada yang berikut:
Khidmat Pelanggan (PDPA)
Alamat:
No. 14, Jalan Majistret U1/26
HICOM Glenmarie Industrial Park
40150 Shah Alam,
Selangor, Malaysia
1800 18 1818
Email: [email protected] - Anda dikehendaki memastikan semua pemberitahuan dan komunikasi daripada anda kepada TIME mesti dalam bentuk bertulis, boleh dibaca dan mengandungi nama penuh, alamat semasa, nombor NRIC dan butiran perhubungan anda.
- TIME berhak untuk tidak melayan sebarang notis atau komunikasi yang tidak mengandungi butiran seperti yang dinyatakan di atas, sukar dibaca, sukar difahami, atau di mana pihak yang berkenaan tidak dapat dihubungi atau butiran perhubungan didapati tidak lengkap, tidak tepat atau salah.
- Sila sampaikan sebarang permintaan untuk menarik balik persetujuan (Klausa 5.5), untuk mengakses, membetulkan (Klausa 6) dan/atau mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda (Klausa 9) atau sebarang pertanyaan atau aduan mengenai Data Peribadi anda kepada yang berikut:
- Ketepatan Data Peribadi
- Kami berusaha untuk mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa Data Peribadi yang dikumpul oleh kami dan/atau proses ditunjukkan dengan tepat dalam sistem kami mengikut butiran yang diberikan oleh anda. Oleh itu, ketepatan Data Peribadi bergantung sebahagian besarnya kepada maklumat yang diberikan oleh anda. Oleh demikian, adalah syarat bagi kami sediakan Perkhidmatan kepada anda bahawa anda;
- memberikan kami Data Peribadi yang tepat dan lengkap dan/atau Data Peribadi orang yang berkaitan (termasuk persetujuan mereka) untuk tujuan memperoleh dan/atau melanggani Perkhidmatan.
- memaklumkan kami apabila Data Peribadi adalah tidak betul atau lapuk dengan menghubungi kami melalui butir hubungan seperti yang dinyatakan dalam Klausa 12.1 di atas.
- Sekiranya anda telah memberikan TIME sebarang Data Peribadi pihak ketiga untuk tujuan Perkhidmatan, anda hendaklah:
- mengesahkan kepada TIME bahawa anda telah memperolehi persetujuan yang diperlukan dan akan terus mengekalkan persetujuan yang diperlukan untuk pemprosesan dan pemindahan Data Peribadi tersebut oleh TIME; dan
- bersetuju bahawa adalah tanggungjawab anda untuk menghubungi TIME secara bertulis dengan secepatnya berkenaan sebarang perubahan maklumat termasuk Data Peribadi yang dibekalkan kepada TIME yang memerlukan tindakan daripada pihak TIME.
- Kami berusaha untuk mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa Data Peribadi yang dikumpul oleh kami dan/atau proses ditunjukkan dengan tepat dalam sistem kami mengikut butiran yang diberikan oleh anda. Oleh itu, ketepatan Data Peribadi bergantung sebahagian besarnya kepada maklumat yang diberikan oleh anda. Oleh demikian, adalah syarat bagi kami sediakan Perkhidmatan kepada anda bahawa anda;
- Pindaan kepada Notis Privasi
- Anda dengan ini bersetuju bahawa TIME kemungkinan akan menyemak semula dan/atau mengubah suai Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa. TIME akan menyampaikan semakan dan/atau pengubahsuaian tersebut di laman web TIME atau melalui kaedah lain yang dianggap sesuai oleh TIME.
- Anda digalakkan untuk melayari laman web TIME dari semasa ke semasa bagi mendapatkan Notis Privasi yang terkini.
- Dengan meneruskan penggunaan Perkhidmatan, anda bersetuju untuk terikat, menerima, dan/atau memberi persetujuan kepada pindaan dan/atau pengubahsuaian tersebut.
- Bahasa
- Notis Privasi ini tersedia dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak konsisten atau percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
Kemas kini terakhir pada 14 April 2025
(Kemas kini sebelumnya: 5 Jun 2024)
