
Soalan lazim.
Halaman ini mengumpulkan jawapan kepada soalan lazim tentang solar rumah di Malaysia, daripada Solar ATAP dan penjimatan hingga bateri, pemasangan, waranti dan pelan pembayaran.
Tentang Kami
Siapakah Time Solar?
Time Solar ialah jenama solar utama Time Energy, yang dimiliki sepenuhnya oleh Time dotCom – peneraju telekomunikasi yang dipercayai dengan perkhidmatan yang boleh diharap selama beberapa dekad dan kualiti yang tiada tandingan.
Mengapa perkara ini penting untuk saya?
Sistem panel solar boleh bertahan sehingga 30 tahun. Disokong oleh Time dotCom, kami memberi anda kualiti, kestabilan dan sokongan jangka panjang yang sukar ditandingi oleh pihak lain.
Apakah yang membezakan anda?
Dengan kepakaran Time dotCom di belakang kami, kami menawarkan penyelesaian solar yang inovatif dan dipacu prestasi. Janji kami yang mengutamakan pelanggan – Solar Jadi Mudah – memastikan peralihan yang lancar dan bermanfaat kepada tenaga boleh baharu.
Mengapa saya patut pilih Time Solar?
- Disokong jenama yang dipercayai – memberi anda keselamatan, kestabilan dan sokongan jangka panjang.
- Kami uruskan segalanya: reka bentuk sistem, pemilihan komponen dan latihan pemasang.
- Berlesen penuh daripada SEDA dan Suruhanjaya Tenaga (ST), dengan penarafan G7 tertinggi daripada CIDB.
- 1,000+ pemasangan telah disiapkan dengan kepuasan pelanggan yang tinggi.
Bagaimana panel solar berfungsi?
Panel solar (juga dikenali sebagai PV atau sel fotovoltaik) menyerap cahaya matahari dan, bersama inverter, menukarkannya kepada elektrik yang boleh kita semua gunakan.
Adakah panel solar berfungsi pada hari mendung?
Ia masih berfungsi menggunakan cahaya matahari yang ada, tetapi jangkakan output yang sedikit berkurang.
Bagaimana solar mesra alam?
Ia bersih, boleh baharu, tidak dijana oleh bahan api fosil (minyak, gas dan arang batu) dan tidak membebaskan sebarang bahan pencemar yang berbahaya.
Adakah panel solar berfungsi pada waktu malam?
Panel solar tidak berfungsi pada waktu malam kerana ia memerlukan cahaya matahari untuk menjana elektrik.
Adakah bateri diperlukan?
Tidak semestinya.
- Sistem panel solar disambungkan ke grid TNB.
- Rumah anda menggunakan elektrik solar dahulu dan mengeksport sebarang lebihan untuk membantu menurunkan bil anda (di bawah Solar ATAP, berkuat kuasa 1 Januari 2026).
- Apabila penggunaan melebihi penjanaan atau pada waktu malam, ia mengambil kuasa daripada TNB dengan lancar.
- Bateri ialah pilihan – ia menyimpan lebihan elektrik solar untuk kegunaan waktu malam dan boleh menyediakan kuasa sandaran semasa gangguan bekalan elektrik.
Adakah saya akan ada elektrik semasa bekalan elektrik terputus?
Atas sebab keselamatan, sistem panel solar anda akan dimatikan semasa gangguan bekalan elektrik dan bersambung semula setelah bekalan dipulihkan. Anda hanya akan mempunyai elektrik semasa gangguan bekalan elektrik jika anda memilih penyelesaian storan dan sandaran tenaga kami, yang boleh membantu peralatan penting terus berfungsi.
Adakah panel solar berbahaya?
Dari segi keselamatan, panel solar serupa dengan peralatan elektrik lain di rumah anda, seperti peti sejuk dan penyaman udara.
Adakah ia memancarkan radiasi?
Panel solar bebas daripada radiasi berbahaya. Radiasi medan elektrik daripada inverter adalah minimum, serupa dengan lampu pendarfluor.
Adakah panel solar menyebabkan kebakaran?
- Tidak jika direka dan dipasang dengan betul.
- Reka bentuk sistem panel solar kami melebihi piawaian industri dan peraturan tempatan, memastikan perlindungan sepenuhnya dengan pembumian, pemutus litar dan perlindungan lonjakan untuk panel dan inverter.
- Semua pemasang kami berlesen daripada pihak berkuasa berkaitan, memastikan pemasangan yang profesional dan selamat.
Adakah ia selamat untuk bumbung saya?
Ya. Kami memasang panel pada struktur pemasangan untuk memastikan tiada sentuhan langsung atau kerosakan. Sebagai bonus, ia boleh membantu menyejukkan bumbung anda.
Bolehkah bumbung saya menampung berat panel solar?
Kebanyakan bumbung boleh. Untuk memastikan keselamatan, kami berunding dengan anda dan menjalankan pemeriksaan umum untuk menyemak masalah seperti kerosakan akibat anai-anai dan air sebelum pemasangan.
Adakah saya perlu melakukan sesuatu pada bumbung saya terlebih dahulu?
Jika ia memerlukan pembaikan, sebaiknya selesaikan perkara itu sebelum panel dipasang. Jika tidak, kami boleh teruskan.
Apakah itu Solar ATAP?
- Solar ATAP ialah skim solar bumbung terbaharu Malaysia yang menggantikan NEM (yang tamat pada Jun 2025).
- Ia membolehkan anda memasang sistem panel solar untuk menjana elektrik solar bagi kegunaan sendiri.
- Sebarang elektrik solar yang tidak digunakan boleh dieksport ke grid dan digunakan untuk mengimbangi caj tenaga pada bil TNB anda.
Apakah perbezaan antara Solar ATAP dengan NEM?
Perbezaan utama terletak pada cara elektrik solar yang anda eksport dikreditkan:
- Solar ATAP: Mengimbangi caj tenaga sahaja.
- NEM: Mengimbangi caj tenaga, kapasiti dan rangkaian.
| Imbangan Bil TNB | Solar ATAP | NEM |
| Tenaga | √ | √ |
| Kapasiti | x | √ |
| Rangkaian | x | √ |
| Penjimatan | Setiap kWh RM0.27 – RM0.37 | Setiap kWh RM0.44 – RM0.54 |
Apa yang berlaku jika saya mengeksport lebih banyak elektrik solar daripada yang boleh diimbangi pada bulan tertentu?
Elektrik solar yang dieksport boleh mengimbangi sehingga 100% caj tenaga pada bil TNB anda. Lebihan selepas itu akan hangus, jadi penting untuk menentukan saiz sistem anda dengan betul dan memaksimumkan penggunaan terus elektrik solar pada waktu siang.
Berapa lama saya boleh menikmati manfaat Solar ATAP?
Kontrak Solar ATAP berlangsung selama 10 tahun.
Apa yang berlaku selepas kontrak Solar ATAP saya tamat?
Anda boleh terus menjimatkan bil TNB dengan menggunakan terus elektrik solar yang dijana oleh sistem anda.
Adakah terdapat kuota seperti skim NEM sebelum ini?
Pada masa ini tiada peruntukan kuota, tetapi kuota mungkin diperkenalkan pada masa hadapan. Memasang awal membantu menjamin akses anda.
Adakah saya layak untuk Solar ATAP?
Ya, jika anda pengguna TNB berdaftar di Semenanjung Malaysia dan nama anda tertera pada hak milik hartanah serta bil TNB.
Bagaimana saya memohon untuk menyertai Solar ATAP?
Kami akan membantu anda dalam proses permohonan dan memerlukan salinan MyKad anda, 3 bil TNB terkini dan bukti pemilikan rumah (cth., bil Cukai Taksiran), selaras dengan keperluan SEDA.
Apakah saiz sistem yang boleh saya pasang?
| Sistem Elektrik Rumah | Had Pemasangan |
| 1 fasa | 5kWac |
| 3 fasa | 15kWac |
Bagaimana solar membantu saya menjimatkan wang?
Solar membantu mengurangkan bil TNB anda melalui dua cara:
- Gunakan solar terus: Rumah anda menggunakan terus elektrik solar yang anda jana, mengelakkan import dari grid dan semua caj TNB.
- Penggunaan waktu siang (8 pagi hingga 6 petang): Solar membekalkan kuasa terus ke rumah anda sebaik sahaja ia dijana.
- Storan Tenaga (pilihan): Lebihan solar disimpan untuk kegunaan waktu malam sebelum sebarang import atau eksport grid.
- Eksport ke TNB: Sebarang elektrik solar yang tidak segera digunakan atau disimpan dihantar ke grid untuk menurunkan lagi bil anda.
Semakin banyak elektrik yang anda gunakan semasa panel anda sedang menjana, semakin banyak solar yang boleh anda gunakan terus.
Berapa banyak elektrik saya digunakan pada waktu siang?
Setiap rumah berbeza, tetapi sebagai panduan umum:
- 20% - keluar sepanjang hari: Kira-kira 20% daripada jumlah penggunaan elektrik anda berlaku pada waktu siang. Rumah anda kebanyakannya kosong, dengan hanya keperluan asas seperti peti sejuk, Wi-Fi dan CCTV yang beroperasi.
- 30% - campuran: Kira-kira 30% daripada jumlah penggunaan elektrik anda berlaku pada waktu siang, seperti kipas, TV, memasak, mencuci pakaian atau penghawa dingin sekali-sekala.
- 40% - di rumah sepanjang hari: Kira-kira 40% daripada jumlah penggunaan elektrik anda berlaku pada waktu siang, dengan penggunaan penghawa dingin yang kerap, memasak, mencuci pakaian, peralatan pejabat di rumah atau pengecasan EV.
Apakah perbezaan penjimatan antara menggunakan solar secara terus dengan mengeksportnya?
Penjimatan terbaik anda datang daripada menggunakan solar secara terus, manakala eksport menambah sedikit lagi.
| Caj Bil TNB | Penggunaan terus elektrik solar | Eksport elektrik solar |
| Tenaga | √ | √ |
| Rangkaian | √ | – |
| Kapasiti | √ | – |
| SST | √ | – |
| KWTBB | √ | – |
| Penjimatan | RM0.487 – RM0.596/kWh | RM0.27 – RM0.37/kWh |
Bateri dikira sebagai penggunaan terus elektrik solar dan menjimatkan semua caj TNB.
Berapa banyak yang boleh saya jimat?
Itu bergantung pada penggunaan elektrik isi rumah anda, corak penggunaan dan kapasiti sistem panel solar anda. Gunakan Kalkulator Penjimatan Solar kami untuk mendapatkan anggaran.
Bagaimana saya boleh memaksimumkan penjimatan solar saya?
- Gunakan lebih banyak peralatan pada waktu siang (cth. pengecas EV, mesin basuh)
- Kurangkan bayang pada panel anda (cth. alihkan piring satelit, pangkas pokok)
- Selenggara sistem anda dengan betul untuk memastikan penjanaan yang optimum
Mengapa penggunaan pada waktu siang penting?
Elektrik solar dijana pada waktu siang (8 pagi–6 petang, memuncak sekitar 11 pagi–3 petang). Lebih banyak yang anda gunakan semasa sistem anda menjana, lebih banyak anda jimat – kerana anda mengelak import dari grid dan semua caj bil.
Adakah Time-of-Use (ToU) membantu saya menjimat lebih banyak?
ToU boleh merendahkan bil anda, tetapi penjimatan sebenar bergantung pada berapa banyak penggunaan hari bekerja anda boleh dialihkan ke waktu luar puncak (10 malam–2 petang).
Apakah yang mempengaruhi jumlah penjimatan saya?
Beberapa faktor boleh menjejaskan penjimatan anda:
- Reka bentuk, kecondongan dan orientasi bumbung
- Bayang daripada pokok, bangunan atau lekapan bumbung
- Habuk/pencemaran berlebihan dari kawasan sekitar
- Corak cuaca
- Penyelenggaraan sistem yang betul
- Corak penggunaan elektrik
Apakah penyelesaian yang anda tawarkan?
Kami menawarkan pakej solar rumah untuk memenuhi pelbagai keperluan dan bajet.
| Time Solar Essential | Time Solar Premium | Time Solar Plus Storage |
| Pemasangan solar yang mudah pada harga yang lebih berpatutan. Sesuai untuk rumah yang menumpukan pada penjimatan solar, tanpa rancangan menambah bateri. | Pemasangan inverter hibrid premium dengan lebih banyak fleksibiliti. Sesuai untuk rumah yang ingin menambah storan bateri kemudian dan mahukan kawalan lebih besar ke atas cara elektrik solar digunakan. | Pemasangan inverter hibrid premium dengan storan bateri disertakan sejak hari pertama. Sesuai untuk rumah yang ingin menyimpan lebihan solar, menggunakannya kemudian dan membeli lebih sedikit elektrik daripada grid. |
Apakah yang menjadikan penyelesaian solar rumah anda sesuai untuk saya?
- Mudah Dimiliki: Pilihan pemilikan fleksibel yang menjadikan solar lebih mudah untuk dimulakan tanpa komitmen awal yang besar.
- Mudah Menjimat: Sistem yang direka dengan betul menggunakan komponen terbukti untuk membantu anda mendapat lebih nilai daripada solar yang anda jana.
- Mudah Diselenggara: Pemantauan berterusan, sokongan dan perlindungan waranti untuk membantu sistem anda terus berfungsi seperti sepatutnya.
Apakah komponen yang disertakan dalam sistem Time Solar?
Sistem anda termasuk panel solar ABC N-type, inverter Tier-1, papan agihan solar dan PV Meter, dengan storan bateri serta pilihan pengecasan EV tersedia bergantung pada persediaan yang anda pilih. Terokai halaman Teknologi kami untuk melihat apa yang terkandung dalam sistem Time Solar dan sebab kami memilih setiap komponen.
Apakah jenis inverter yang anda pasang?
Kami menggunakan inverter rentetan Tier-1 yang terkenal dengan kecekapan tinggi, prestasi yang boleh diharap dan ciri keselamatan termaju. Bagi kebanyakan rumah, inverter rentetan ialah pilihan terbaik kerana ia menawarkan:
- Kebolehpercayaan terbukti – cekap, tahan lama dan sesuai untuk bumbung di Malaysia
- Penyelenggaraan lebih mudah – servis dilakukan di atas tanah, bukan di atas bumbung
- Kos lebih rendah – satu inverter membekalkan kuasa kepada seluruh sistem
Bagaimana dengan mikroinverter?
Mikroinverter paling sesuai untuk rumah dengan susun atur bumbung yang unik atau risiko bayang yang ketara. Kosnya mungkin lebih tinggi kerana setiap panel memerlukan unitnya sendiri, dan penyelenggaraan biasanya memerlukan akses ke bumbung (kadangkala dengan caj skylift). Kami akan dapat menasihati sama ada ia pilihan yang lebih baik untuk rumah anda selepas pemeriksaan rumah kami.
Berapakah kos sistem Time Solar?
Ia bergantung pada keperluan anda. Dapatkan anggaran pantas dengan Kalkulator Penjimatan Solar kami.
Bagaimana saya boleh membeli sistem Time Solar?
Kami menawarkan dua pilihan: Time EzSolar dan Bayaran Sekali Gus (kad kredit atau tunai).
Apakah itu Time EzSolar?
Time EzSolar ialah pelan pembayaran fleksibel kami yang membolehkan anda memiliki sistem anda serta-merta sambil membahagikan bayaran sepanjang 5 atau 10 tahun – tanpa faedah, tanpa mengunci had kad kredit.
Pelan Time EzSolar tertakluk kepada semakan kredit dengan agensi pelaporan kredit.
Adakah anda menawarkan pelan ansuran kad kredit?
Ya. Kami menawarkan pelan ansuran 0% faedah sehingga 60 bulan bersama bank rakan kongsi kami:
| Bank Rakan Kongsi | Tempoh Ansuran Tersedia |
| CIMB Bank | 6 / 12 / 24 bulan |
| Hong Leong Bank | 12 / 24 / 36 / 48 / 60 bulan |
| Maybank | 6 / 12 / 18 / 24 / 36 / 48 / 60 bulan |
| Public Bank | 6 / 12 / 18 / 24 / 36 / 48 / 60 bulan |
| UOB | 6 / 12 / 18 / 24 / 36 / 48 bulan |
Apakah perbezaan Time EzSolar dengan pelan ansuran kad kredit?
| Ansuran Kad Kredit | Time EzSolar |
|
|
Bilakah saya perlu mula membuat pembayaran untuk pembelian saya?
Jadual di bawah menerangkan peringkat pembayaran berdasarkan pelan pembayaran pilihan anda:
| Peringkat | Time EzSolar | Bayaran Sekali Gus |
| Pengesahan Pesanan | Bayaran 3 Bulan | RM1,000 |
| Sebelum Pemasangan | Tidak berkenaan | Baki bayaran |
Bayaran yang dibuat semasa pengesahan pesanan adalah untuk menempah sistem anda dan mengimbangi bayaran baki anda atau tiga (3) bil pertama selepas pemasangan.
Bagaimana saya tahu bila bayaran saya perlu dijelaskan?
Kami akan menghantar invois anda ke alamat e-mel yang anda berikan.
Bolehkah saya meminta e-invois?
Boleh. Sila hubungi kami di +603-9779 3006 atau [email protected], dan pasukan kami akan membantu anda. Sila ambil perhatian bahawa kami akan meminta Nombor Pengenalan Cukai anda untuk mengeluarkan e-Invois anda.
Bagaimana saya membayar bil Time EzSolar saya?
Bayaran akan ditolak secara automatik daripada kad kredit atau akaun bank yang anda tetapkan setiap bulan melalui Auto-Debit atau Debit Terus.
Bilakah bil Time EzSolar saya perlu dijelaskan?
Bil anda perlu dijelaskan dalam masa 7 hari daripada tarikh dikeluarkan. Sila ambil perhatian bahawa kami mengeluarkan bil setiap bulan dan terlebih dahulu.
Bolehkah saya menjelaskan pelan Time EzSolar saya pada bila-bila masa?
Ya, anda boleh menjelaskan pelan Time EzSolar anda pada bila-bila masa sepanjang kontrak anda. Hubungi kami sahaja, dan kami akan memberikan jumlah penyelesaian.
Adakah bateri diperlukan untuk menjimat dengan solar?
Tidak semestinya.
- Dengan struktur tarif semasa Malaysia, skim Solar ATAP dan kos bateri yang tinggi, menambah bateri mungkin tidak meningkatkan penjimatan dengan ketara bagi kebanyakan pemilik rumah.
- Anda sudah boleh menjimat dengan menggunakan terus elektrik solar yang dijana oleh sistem anda pada waktu siang.
- Di bawah Solar ATAP, anda juga boleh mengeksport sebarang lebihan elektrik solar untuk penjimatan tambahan pada bil TNB anda.
Bolehkah saya menjimat lebih banyak jika memasang sistem bateri?
- Ya, boleh. Bateri membolehkan anda menyimpan lebihan elektrik solar untuk kegunaan kemudian, sekali gus mengurangkan jumlah yang anda ambil daripada grid pada waktu malam.
- Bergantung pada penggunaan anda, bateri 16kWh (menyimpan +/- 480kWh/bulan) boleh membantu anda menjimat kira-kira RM228 – RM274 lebih sebulan. Namun, di bawah Solar ATAP, penjimatan tambahan ini mungkin menurun kepada sekitar RM130 – RM178 sebulan, kerana lebihan elektrik solar boleh dieksport untuk kredit bil.
| Senario | Pengendalian Tenaga (+/- 480kWh/bulan) | Anggaran Penjimatan Bulanan | Pertambahan Penjimatan daripada Bateri |
| Tanpa Bateri | Dieksport ke TNB (Solar ATAP) | +/- RM100 | Tidak berkenaan |
| Dengan Bateri 16kWh | Disimpan dan digunakan pada waktu malam | +/- RM228 – RM274 | +/- RM130 – RM178 |
- Bateri juga menambah kos sistem anda, jadi sebaiknya timbangkan kos dan potensi penjimatan untuk memutuskan sama ada ia sesuai untuk rumah anda.
Sila ambil perhatian bahawa penjimatan sebenar boleh berbeza bergantung pada corak penggunaan isi rumah, keadaan cuaca dan faktor harian yang lain.
Adakah anda menawarkan pakej bateri?
Ya. Pelan Time Solar Plus Storage kami disertakan dengan storan bateri 16 kWh untuk rumah yang mahukan storan bateri terbina dalam sistem sejak hari pertama.
Adakah memasang sistem bateri bermakna saya akan ada elektrik semasa gangguan bekalan elektrik?
Hanya jika anda menambah kotak kuasa sandaran yang boleh membantu peralatan penting terus berfungsi semasa gangguan bekalan elektrik.
Berapakah kos sistem bateri anda?
Harga bergantung pada saiz sistem solar anda. Proposal anda akan menunjukkan harga penuh bagi pelan Time Solar Plus Storage, yang termasuk sistem bateri yang disertakan.
Apakah itu Kotak Pengembangan EV?
Kotak Pengembangan EV ialah tambahan pilihan untuk sistem panel solar anda. Ia menghubungkan sistem panel solar anda, papan agihan (DB) rumah dan pengecas EV – menjadikan sistem solar anda benar-benar sedia untuk EV.
Apakah kelebihan Kotak Pengembangan EV?
Kotak Pengembangan EV kami memudahkan pemasangan pengecas EV dengan menghapuskan keperluan kerja pemasangan yang meluas.
- Ia dilengkapi semua kabel dan sambungan yang diperlukan yang telah dipasang awal ke papan agihan (DB) utama rumah anda.
- Ia juga menempatkan komponen keselamatan yang diperlukan untuk litar pengecasan EV anda, termasuk pemutus litar, pemutus litar arus baki (RCCB) dan pengasing luaran.
- Dengan pemasangan awal ini, kebanyakan persediaan pengecas EV sudah siap.
Apakah komponen yang anda gunakan?
Kami hanya menggunakan komponen diperakui SIRIM yang memenuhi keperluan keselamatan, prestasi dan peraturan.
Berapakah kosnya?
| Masa pemasangan | 1 fasa | 3 fasa |
| Bersama sistem solar | RM700 | RM900 |
| Selepas pemasangan solar | RM1,000 | RM1,200 |
- Harga termasuk pemasangan pengecas EV yang dibekalkan pelanggan.
- Harga juga termasuk pendawaian sehingga 5 meter antara Kotak Pengembangan EV dan pengecas EV; panjang tambahan RM50/meter.
- Sebarang naik taraf kabel 10mm² yang diperlukan dikenakan caj berasingan.
Adakah saya perlu menaik taraf kabel kepada 10mm²?
Time Solar Premium dan Time Solar Plus Storage sudah termasuk kabel 10mm² sebagai standard. Essential menggunakan kabel 6mm², jadi naik taraf diperlukan untuk Pengembangan EV:
- 1 fasa: RM200
- 3 fasa: RM300
Adakah Kotak Pengembangan EV berfungsi dengan mana-mana pengecas EV?
Ya, ia boleh menyokong mana-mana pengecas EV yang serasi dan memenuhi keperluan keselamatan serta peraturan yang berkenaan.
Adakah anda juga membekalkan pengecas EV?
Ya. Anda boleh menambah pengecas EV bersama Pengembangan EV anda.
Kami kini menawarkan pengecas EV AC X-Miles XMT-EVL008.
- 1 fasa, sehingga 7 kW: RM2,300
- 3 fasa, sehingga 22 kW: RM2,700
Pengecas dibeli secara berasingan daripada Kotak Pengembangan EV.
Apakah kelebihan pengecas EV ini?
Pengecas X-Miles ini pintar, selamat dan dibina untuk pengecasan rumah harian:
- Pengecasan sehingga 22 kW dengan kelajuan pengecasan boleh laras
- Kawalan melalui aplikasi untuk memantau dan mengurus pengecasan dari jauh
- Perlindungan keselamatan terbina dalam untuk kegunaan harian yang lebih boleh diharap
- Keserasian EV yang luas merentas kebanyakan model popular
- Reka bentuk padat yang dipasang pada dinding
- Diperakui ST dan SIRIM untuk kegunaan di Malaysia
Adakah pengecas EV ini serasi dengan kereta saya?
Pengecas X-Miles direka untuk berfungsi dengan lebih 99.5% model EV popular, menjadikannya sesuai untuk EV anda sekarang dan pada masa hadapan.
Bolehkah panel solar dipasang pada semua jenis bahan bumbung?
Ya, kecuali:
- Asbestos: Pengendaliannya boleh membebaskan gentian yang berbahaya.
- Polikarbonat & tikar getah: Tidak dapat menyokong berat panel dengan selamat.
- Batu sabak: Rapuh dan mudah retak.
Adakah kecuraman bumbung menjejaskan pemasangan solar?
Ya. Untuk hasil terbaik, kecuraman bumbung anda sepatutnya kurang daripada 15°. Sudut ini membantu panel anda menyerap cahaya matahari paling banyak dan memaksimumkan penjimatan anda. Bumbung yang lebih curam menerima cahaya matahari langsung yang kurang, menjadikannya kurang cekap.
Adakah saya memerlukan sebarang kebenaran untuk memasang panel solar di bumbung saya?
Kami akan menguruskan semua kelulusan pihak berkuasa mengikut keperluan. Jika anda tinggal di kawasan berpagar, anda mungkin juga memerlukan permit daripada pejabat pengurusan untuk pemasangan.
Berapa banyak panel solar yang akan anda pasang?
Bilangan panel solar yang kami pasang bergantung pada saiz sistem anda. Kami akan mencadangkan saiz untuk rumah anda selepas lawatan kami.
Apakah yang terlibat dalam pemasangan?
- Kami memasang panel solar di bumbung anda menggunakan kaedah piawaian industri.
- Inverter, papan agihan solar, Kotak Pengembangan EV dan bateri (jika berkenaan) diletakkan di luar rumah anda, sedekat mungkin dengan papan agihan (DB) elektrik rumah anda.
- Sambungan pendawaian yang betul dibuat antara semua komponen.
Bolehkah saya memilih untuk memasang komponen ini di dalam rumah saya?
Kami mengesyorkan meletakkannya di luar rumah anda atas beberapa sebab:
- Pelesapan haba: Ruang terbuka memastikan ia lebih sejuk untuk prestasi yang lebih baik dan hayat yang lebih panjang.
- Kemudahan akses: Penyelenggaraan lebih mudah tanpa mengganggu isi rumah.
- Sedia masa depan: Mudah menyepadukan pengecas EV atau bateri tambahan pada masa hadapan.
Berapa lama keseluruhan proses ini?
Pemasangan biasanya mengambil masa sehingga 8 jam, bergantung pada keadaan tapak dan cuaca.
Adakah anda menyembunyikan kabel semasa pemasangan?
Kami tidak menyembunyikan kabel di dalam dinding. Namun, semua kabel disusun kemas dan diletakkan dalam trunking yang diterima industri.
Apakah itu Time SolarCare?
Time SolarCare ialah sokongan yang disertakan bersama sistem Time Solar anda. Ia termasuk sokongan sistem berterusan dan waranti kami sendiri sebagai tambahan kepada waranti pengilang.
Apakah sokongan yang saya dapat selepas pemasangan?
Kami bermula dengan pemeriksaan kesihatan 30 hari untuk memastikan semuanya berfungsi seperti sepatutnya. Selepas itu, kami memantau sistem anda setiap hari, menyelesaikan masalah dari jauh dan mengatur sokongan di tapak apabila perlu. Bagi isu kritikal seperti kebimbangan keselamatan atau gangguan bekalan elektrik, sokongan tersedia siang dan malam.
Apakah waranti yang saya dapat di bawah Time SolarCare?
Anda mendapat dua lapisan perlindungan waranti:
- Waranti Time Solar: Meliputi kerosakan pada pemasangan kami dan sistem yang kami bekalkan, termasuk alat ganti, upah dan pengangkutan untuk pembaikan yang dilindungi.
- Waranti pengilang: Panel, inverter, bateri dan peralatan lain anda juga dilindungi oleh waranti pengilang masing-masing. Jika tuntutan diperlukan, kami uruskan untuk anda.
Tempoh waranti yang terpakai dinyatakan dalam Proposal anda.
Adakah saya akan dicaj jika berlaku sesuatu yang tidak kena?
Tiada caj untuk lawatan, diagnosis, upah, alat ganti atau pengangkutan bagi kerosakan yang dilindungi di bawah waranti Time Solar anda. Caj mungkin dikenakan untuk isu bukan kerosakan atau kerja di luar waranti anda.
Apakah yang dilindungi di bawah waranti saya?
Secara umumnya, kami melindungi kerosakan atau kecacatan pada sistem solar yang kami pasang di bawah penggunaan biasa. Kami tidak melindungi isu yang disebabkan oleh kejadian luar, keadaan sedia ada, salah guna, perubahan tanpa kebenaran atau perkara di luar tanggungjawab pemasangan kami.
| Contoh perkara yang dilindungi | Contoh perkara yang tidak dilindungi |
|
|
Ini ialah panduan umum dan mungkin tidak meliputi setiap situasi. Kami akan menilai setiap tuntutan berdasarkan prinsip waranti dan keadaan setiap kes.
Apa yang berlaku jika saya perlu membuat tuntutan waranti?
Hubungi kami dan kami akan menguruskan prosesnya – daripada diagnosis dan penyelesaian masalah kepada pembaikan, penggantian dan sebarang tuntutan pengilang yang mungkin diperlukan.
Bolehkah orang lain mengubah suai atau membaiki sistem solar saya?
Bincang dengan kami dahulu. Kerja atau pengubahsuaian oleh pihak lain mungkin menjejaskan perlindungan waranti jika ia menyebabkan kerosakan atau menghalang kami daripada menentukan apa yang tidak kena.
Apa yang berlaku selepas waranti saya tamat?
Kami akan terus menyokong sistem anda selepas tempoh waranti tamat. Sokongan selepas waranti dikenakan caj berdasarkan jenis perkhidmatan yang diperlukan. Berikut ialah gambaran keseluruhan caj perkhidmatan kami sekarang:
| Perkhidmatan | Skop | Kos (Sebelum SST) |
| Pemeriksaan Kesihatan Standard |
Tidak termasuk alat ganti & bahan, kerja pembetulan, kerja di aras bumbung | RM300/lawatan (waktu pejabat) RM450/lawatan (luar waktu pejabat) |
| Pemeriksaan Kesihatan Lanjutan + Pembersihan Panel |
Tidak termasuk alat ganti & bahan, kerja pembetulan, keperluan skylift | RM650/lawatan |
| Pemindahan atau Penambahan Panel Solar | Membuka, mengeluarkan, memasang semula atau menambah panel solar pada sistem sedia ada. Tidak termasuk alat ganti & bahan, skylift, keperluan penyimpanan | RM1,500 (separuh hari) RM2,500 (sehari) |
| Pemindahan Inverter, Solar DB, Pendawaian | Membuka, mengeluarkan dan memasang semula inverter, Solar DB atau pendawaian. Tidak termasuk alat ganti & bahan, skylift, keperluan penyimpanan | RM750 (separuh hari) |
- Harga tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa dan tertakluk kepada SST
- Kerja pembetulan (cth. menggantikan bahagian yang rosak) disebut harga secara berasingan dan mungkin memerlukan lawatan semula
- Caj skylift antara RM500 – RM750, bergantung pada ketinggian dan akses bumbung
- Sebarang caj perkhidmatan yang berkenaan akan diterangkan sebelum kerja bermula.
Adakah anda menyediakan penyelenggaraan?
Ya. Pemeriksaan kesihatan standard secara percuma mungkin disertakan dalam pakej pilihan anda. Rujuk Proposal anda untuk bilangan lawatan yang disertakan.
Bagaimana pula dengan pembersihan panel?
Pembersihan panel secara percuma juga mungkin disertakan dalam pakej pilihan anda. Rujuk Proposal anda untuk apa yang disertakan.
